Thursday, February 28, 2013

~$iKaP WANITA diGeMaRi LeLaKi~



Assalamualaikum.....warahmatullahiwabarakatuh..... alhamdulillah.... syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya masih di sini untuk berkongsi kisah2 wanita kepada anda di luar sana...

Dalam beberapa hari ni, hujan je.. nak g mana pun x boleh... anda kat sana bagaimana? X pe la.. mungkin ada hikmah ALLAH turunkan hujan selepas sekian lama cuaca panas jee kan sampai bibir saya pun boleh berdarah... :)


 


Hari ni, saya nak kongsi dengan anda semua mengenai "5 SiKaP WANITA yang di GeMaRi oleh KaUm LeLaKi"...& beberapa "Ciri-ciri WANITA idaman LeLaKi"..Mungkin anda tertanya2, ape ek??? Kaum wanita harus tahu supaya anda dapat memperbaiki dan menyiapkan diri untuk masa akan datang apabila anda akan mendirikan rumahtangga dan akan di gelar sebagai isteri kepada suami anda... Saya pun sebenarnya belum berkahwin dan masih belajar untuk semua ni, saya cuma nak kongsi dengan anda semua....

1. PenGeRtiaN
> Sikap pengertian WANITA membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada sikap mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. 
>Kaum lelaki sangat suka pada WANITA yang mengerti atau memahami sikap mereka contohnya apa yang mereka suka dan tidak suka dan sebagainya. Cubalah belajar untuk menerima sesuatu keadaan tersebut apabila anda sudah sekian lama berkawan dan mendalami isi hati masing-masing.... 

2.MenGhaRgai
>WANITA yang menghargai lelaki adalah WANITA idaman lelaki. Lelaki sebenarnya suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada WANITA membuatkan lelaki berasa bangga dengan WANITA yang mempunyai sikap pandai menghargai dan mengambil hati pasangan mereka. Tetapi sikap menghargai bagi sesetengah WANITA ada batas2nya, kebiasaannya sikap tersebut terjadi apabila kaum lelaki juga turut menghargai WANITA tersebut. Baru la adil betul x?? Jika hanya sebelah pihak saja yang menghargai tidak boleh jugak kan>?>? betul tak? Jadi? belajarlah untuk menghargai pasangan anda dan jangan mengambil kesempatan atas kebaikan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh kaum WANITA itu sendiri....

3.MeNjaGa PeNaMpiLaN
>Penampilan sebenarnya sangat penting bagi kaum WANITA mengekalkan identiti mereka sebagai kaum yang cantik di muka bumi ALLAH yang telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan cantik2 belaka. Lelaki menyukai WANITA yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Simple je kan?? semua tu sebenarnya kalau di 'practice' kan dalam diri anda in Shaa Allah... senang je.... Penampilan yang baik juga menunjukkan WANITA tersebut menghargai dirinya. Penampilan yang baik bermaksud anda melakukan perbuatan yang baik dan tidak menunjukkan sikap yang kurang sopan di hadapan orang lain. Jadi, kepada kaum WANITA, cuba lah jadi yang terbaik walaupun anda yang terbaik dalam diri anda. Jagalah penampilan anda walau di mana anda berada.. :)

4.PaNDai BeRkoMuNiKa$i
>Lelaki tertarik dengan WANITA yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.  Komunikasi merupakan salah satu sikap yang perlu ada pada semua kaum WANITA kerana dengan cara berkomunikasi anda dengan pasangan anda mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mudah memahami pasangan anda dan pandai mengambil hati dengan cara berkata-kata atau bergurau senda. Sikap seperti ini juga ada batas-batasannya yee.. Lelaki juga tidak suka pada WANITA yang suka membebel atau memarahi mereka kerana hal yang remeh temeh. Anda sebagai penyeri hatinya, harus bijak menggunakan kebijaksaan anda untuk memujuk dan berkata-kata. Gunakan kelebihan anda sebagai salah satu tarikan kepada pasangan anda sendiri... Good Luck...... 

5.TaHu DaLaM SeGaLa Hal RuMaHtanGGa
> Sikap serba tahu dalam hal rumahtangga juga merupakan salah satu sikap yang kaum lelaki suka kerana untuk dijadikan permaisuri di hatinya mestilah kaum WANITA perlu tahu melakukan kerja rumah seperti tahu memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, menjaga anak dan suami dan sebagainya. Jika semua sikap ini anda sudah biasa lakukan di rumah memang tak de hal la, memang kaum lelaki suka WANITA yang pandai menguruskan diri dan juga orang lain. Pandai jaga diri, dan pandai membahagikan masa pada kerja, rumah dan pasangan mereka sendiri. 





Daripada info2 yang dipetik dari laman web http://www.kopipesz.com

                                                   Wahai wanita..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.

Jadi, antara ciri~ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.

Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan


Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian


Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.

Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.

Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang


Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita ‘sejuk mata memandang’ seperti di bawah ini:
Bersopan satun
Sentiasa memaniskan wajah
Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain



Kebanyakan sikap yang telah saya kongsi bersama mungkin telah memberi sedikit sebanyak informasi pada kita semua..... Sebenarnya banyak lagi sikap yang perlu WANITA amalkan supaya kaum lelaki atau pasangan atau suami anda suka dan mengemari sikap anda... Semoga dengan apa yang saya katakan di sini dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Saya juga banyak lagi yang perlu diperbaiki dan semoga semoga bermanfaat kepada kaum WANITA di luar sana...




Saya sudahi dengan wassalam... Sekian....

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)