Monday, February 25, 2013

~CINTA TaK BoLeH diPaKsa~


Hye...Semua…:)
haaa... kali ni saya nak kongsi dengan anda semua mengenai "Cinta WANITA tidak boleh di paksa"... haa... anda kat luar sana pernah bercinta? sama pun pernah bercinta.. tapi apakan daya tiada kesudahannya. Tapi saya yakin masih ada CINTA yang ALLAH akan berikan pada saya suatu hari nanti. Walaupun saya mencintai orang yang terbaik tapi x semestinya dia adalah jodoh saya. So? untuk tatapan di luar sana, cinta tidak boleh dipaksa. Barulah hidup aman dan bahagia... Saya masih ada CINTA pada ALLAH yang maha ESA....



Sering kali kita mendengar ayat, "Kalau aku tak dapat dia, orang lain pun tak akan dapat memiliki dia!". Di dalam drama selalu la ada ayat2 cam tu kan>?? betul x? 

Sebenarnya,ayat sebegitu juga wujud dalam dunia nyata ini. Memang ada segelintir individu berpendapat sedemikian yang suka memaksa di dalam cinta. Mereka mengangap jika mereka mencintai seseorang, mereka harus memilikinya sedangkan dalam lumrah alam, mencintai tidak semestinya memiliki. Itu hakikat yang harus kita pegang. Apa yang penting jaga perhubungan dan yakin pada ALLAH supaya anda dapat di satukan. Jangan 'create' atau dalam bahasa melayunya mencipta suatu masalah yang boleh menyebabkan anda gagal dalam bercinta. 

Ada juga jenis manusia yang tidak kisah jika terpaksa menghancurkan hubungan orang lain asalkan cita2 mereka tercapai. Ada juga yang iri hati melihat kebahgiaan orang lain hingga sanggup menjadi dalang untuk menghancurkan dan akhirnya cinta anda dua insan terpaksa memaksa diri untuk menerimanya kembali walaupun hati terluka.

Manusia sebegitu begitu licik dan pandai memutar belitkan fakta supaya orang lain terjerat dengan mereka. Cintailah orang yang betul2 mencintai kita, bukan hanya kita seorang sahaja yang mencintai dia. Itu lebih baik daripad bersikap terlalu memaksa orang lain mencintai kita. Selain memalukan diri sendiri, hati kita akan lebih terluka. 

Paksaan dalam dunia cinta ada beberapa kategori sebenarnya. Mereka yang sedang bercinta juga termasuk dalam kategori ini. Sebagai contoh ringkas, si teman wanita memaksa pasangannya untuk membuat keputusan mengikut kemahuannya dalam hal tertentu, Ini juga boleh dianggap paksaan dalam cinta. Paksaan juga akan menghilangkan rasa hormat pasangannya terhadap diri kita, Daripada memiliki cinta, terus hilang lantaran sikap yang tidak menunjukkan keikhlasan cinta. 

Usahlah risau, kalau "dia" bukan jodohku, aku redha.... aku harap dia akan bahagia dengan pilihan hatinya.... Aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja... Jodohku pasti akan tiba insyaallah.. jika tiada sekali pun aku tetap redha... kalau semua adalah takdirku.... Wahai WANITA di luar sana, berdoalah supaya anda mendapat jodoh yang dah ditentukan oleh ALLAH....... tapi now, i need to focus with my job first.....
ni ada doa untuk anda...>>>>>

Sekian, sampai di sini dulu... Salam.......:)


No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)