Tuesday, April 16, 2013

~ExaM PTD April 2013~

Assalamualaikum..... Hai... lama  x update blog ni kan?? eerrmm.. almaklumlah...
x sempat la kawan2... Busy kat rumah je la kan.. hehehe... harap2 kengkawan semua sihat k... saya di sini sentiasa sihat.. alhamdulillah... amin..;) >_-

Haa.. 13hb April 2013(Sabtu) hari tu saya dapat panggilan untuk Peperiksaan Perkhidmatan  Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41... Ada sesiapa yang dapat? Tentu ramai yang dapat kan...?? Ye la.. Seluruh M'sia diadakan Exam PTD tu... thanks kat kawan sekelas saya sebab post kat group masa ni.. so..dapat taw la pasal ni..;)

Saya ambil exam di Sek Men Sains Pokok Sena kat2 area Kuala Nerang Alor Setar nuu.. huhuhuhu.. jauh bangat kan? Tapi apakan daya da dapat p je la... Haa.. kepada yang tak dapat tu jangan la sedih & putus asa k.. len kali cuba lagi.. ni pun pergi sebab berpeluang kan... Bak kata orang cuba nasib la kan.. hehehehe...


PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41.

Sebenarnya EXAM PTD 2013 kali ni ada 4 seksyen je.. x macam Exam PTD sebelum2 ni ada 5 seksyen taw.. alhamdulillah la x banyak.. x la penin kepala sangat.. 4 seksyen ni pun da penin gak la dari pagi sampai ptg kan... huhuhuhu...

SEKSYEN A-Pengetahuan AM (45 minit)
SEKSYEN B-Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
SEKSYEN C-Esei Bahasa Melayu (1 jam)
SEKSYEN D-Esei Bahasa Inggeris (1 jam)

Exam hari tu start dari pukul 9.00 pagi sampai 3.00 ptg... hehehe.. Sepatutnya 8.30pagi tu da sampai & masuk dewan da... tapi ari tu sampai lewat sikit la..dalam pukul 8.45pagi gak la.. Pagi tu plak ada krisis da masalah plak.. tu yang lambat tu..
tu pun nasib baik la sempat g kan.. hehehe... ramai sangat sampai kat2 400 orang lebih gak la yang datang ambil Exam ni...penuh dewan taw.. so terpaksa kena jawab exam dalam kelas jee.. huhuhuhu.. PADAN MUKA! hahaha...

Sebelum ambil Exam ni biasa la malam tu ada la study sikit2 kan tu pun search kat internet je la.. nak beli buku rujukan PTD x mampu kan.. antara soalan2 yang masuk Seksyen A-Pengetahuan Am ari tu memang sangat mencabar la.... ni soalan banyak pasal kerajaan la yang kita perlu tahu... memang kalau ikutkan hati soalan macam ni pun nak tanya ke? hehehehe.... kat dewan ni la sepatutnya jawab  Exam PTD tu..tapi x muat la plak.. sebab terlalu ramai.. kena la jawab dalam kelas..uuwwwaaa..:'(


SEKSYEN A- PENGETAHUAN AM

1. Apakah nama Portal rasmi Kerajaan malaysia?? Dia bagi la beberapa jawapan antaranya 1Malaysia ke, eGovernment ke, eService ke..n ape ntah... 

2. Apakah nama Tema duit syiling negara Malaysia yang baru dilancarkan pada bulan January 2012?? Agak2nya apa yee?  Antaranya 1 Malaysia ke bunga2 malaysia ke, bunga raya ke, keris ke ape ntah...

3. Antara Tugas2 Bank Negara apa yee??? eeerrmmm yang tu kena pilih yang mana betul la.. huhuhuhu....

4. Cukai di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis..iaitu Cukai  apa? & apa? Cukai secara langsung dan tak langsung kan??? So, berikan contoh cukai tak langsung?....tu.. huhuhu... yang ni memang x taw la.. bantai je la.. hehehe...hentam je la labu... huhu..

5. Berikan maksud Enakmen?? hehe.. yang ni memang hafal la.. hehehe... 
Enakmen ialah undang2 yang digubal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) la.. pilih la jawapan yang diberikan janji ada perkataan DUN tu betul la tu.. huhu...

6.  Ada juga soalan yang tanya pasai bendera Malaysia.. lambang2 bendera tu la.. 

7. Selalu ada jugak soalan yang tanya pasal maksud AKTA.. tapi exam kali ni x de la plak kan.. hehehe... tapi kena taw gak la.. untuk exam akan datang...

8. Antara program 1 Malaysia yang dijalankan di Msia kecuali apa?? Kita da ada BB1M, KR1M, BR1M n lain2 kan? so yang xde lagi ialah KI1M(Kedai Ikan 1M) la... mana ada lagi kan?? so bab2 isu2 cam ni mmg kena taw la...1AZAM tu apa?? macam2 lagi laa..

9.Ada juga soalan yang tanya pasal SUHAKAM? Apa tu>> SUHAKAM tu.. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia... so da x bapa ingat da soalan dia camne.. tapi memang ada gak la soalan dia berkaitan dgn SUHAKAM ni..

10.Ada juga soalan yang berkaitan dengan sejarah2 seperti Tugas2 menteri, Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya... Selain itu pasal Penubuhan ASEAN...negeri apa yang ada dalam ASEAN..dan banyak lagi...

Seksyen ni ada 50 soalan...ni antara soalan2 yang saya ingat la yang masuk Exam hari tu kan... mungkin soalan2 ni akan berulang.. so, papa pun next time need to be prepared la.. hehehe... dalam masa 45minit memang cukup2 je masa nak jawab.. sebab tu la kena baca betul2 dan terus jawab...  

SEKSYEN B-DAYA MENYELESAIKAN MASALAH.

1..haaa.. Seksyen B ni ada 40 soalan je..dalam masa 45 minit jugak.. tapi semua soalan berkaitan dengan nombor tapi simple je sebenarnya.. matematik biasa je.. ada jugak soalan yang pelik.. x bapa nak paham apa yang dia nak sebenarnya... tapi akhirnya dapat jawab jugak.. Apa pun semua soalan dapat jawab.. tak tahu la betul ke x.. hehhehe....dalam seksyen ni banyak gambar rajah yang kita kena kira macam exam form 5 la plak...

2. Nak bagi contoh pun da x bapa nak ingat da sebenarnya.. sebab soalan banyak sangat kan.. tapi senang jee... baca, faham dan kira..pastu pilihlah jawapan... huh..!! Lega da habis seksyen B..

Pastu rehat la plak kan.. da penin kepala duk mengira tadi kan..huhuhu...

SEKSYEN C-ESEI BAHASA MELAYU..

- Haa.. Seksyen ni memang macam nak jawab exam paper essay la orang kata kan...
haa sebelum nak jawab tu ada gak la masa duk baca2 sikit buku bab2 esei.. hehehe... 
tgok orang len relax je kita je yg bawak buku.. hehehe.. papa pun biaqqq la.. ye la da lama x menulis esei kan>?? so tgok format cam ne nak tulis esei je la.. 

Antara tajuk2 yang masuk hari tu..
1.Gagasan 1Malaysia. Harapan baru rakyat Malaysia. Bincangkan..

2.Bagaimana penggunaan Media Sosial mempengaruhi kehidupan Rakyat..

3.Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup terus terbela..
 
ha.. tu la 3 soalan yang masuk tapi pilih 1 soalan je untuk jawab dalam masa 1 jam..;)

SEKSYEN D-ESEI BAHASA INGGERIS

1. In your opinion, what are the factors that contribute to job satisfaction?

2. To what extend should universities function as training grounds for employment?

3. Do you believe there is a generation gap? Describe the differences between your generation and others?

Haa.. yang ni pun sama ada 3 soalan tapi pilih satu je.. ni la antara soalan yang saya ingat la... hehehe... so jawab dalam masa 1 jam je.. kalau nak diikutkan memang la x sempat kalau leh nak jawab dalam masa 1 1/2 jam or 2 jam baru la best relax sikit.. hehehehe,, tapi apakan daya... apa pun dapat jawab gak..

Ok la.. da settle da Exam PTD 2013 kali nie... lega rasa.. pastu kena tunggu result la plak 17hb ni tgok cam na dapat ke x ke untuk yang seterusnya... memang orang kata susah nak dapat or nak lulus exam ni tapi insyaa ALLAH.. usaha da. tawakal je la..

Akhir kata dari saya... 'sharing is caring'... semoga kita sama-sama berdoa ye kawan2 supaya kita lulus dengan cemerlang.. kalau x dapat lain kali cuba lagi.... 

 Ni gambar kenangan semasa pergi ambik Exam ari tu.. huhuhuhuhu.. oh Tidak! Tembamnyee saye...kan? kan? walaupun tak dak sapa yang taw dalam hati camne saya tetap tersenyum diluar... hehehehe.. Peace;;>)
 

2 comments:

hafiz said...

huhu..xdak pn sorg kwn dia tu..:-(

PuTriAjA said...

kawan sapa??? huhu

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)